Resepi Nasi Kerabu

Resepi Nasi Kerabu

Bahan-bahan (sambal) 5-6 orang


  • 15 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 10 tangkai cili kering
  • 3 batang serai – diketuk
  • 2 sudu minyak masak
  • 1/2 inci belacan
  • 4 cawan santan
  • Garam dan gula


Bahan-bahan (ulam kerabu)


  • Daun kesum
  • Bunga kantan
  • Kobis
  • Kacang panjang
  • Taugeh


Bahan-bahan (nasi)


  • Beras
  • Pewarna biru (resepi asal guna bunga seri pagi)


Bahan-bahan (ikan)


  • 4 ekor ikan kembung
  • 3 ulas bawang merah
  • 1 sudu besar lada hitam
  • Garam dan gula


Bahan-bahan (kerisik)


  • Kelapa parut


Cara-cara


  • Untuk sambal – kisar bawang merah, bawang putih, halia dan cili kering. Tumis bahan kisar dan serai selama 10 minit, kemudian masukkan belacan, santan, garam dan gula. Masak sehingga pekat.
  • Untuk ulam kerabu – semua bahan dihiris nipis-nipis kecuali taugeh. Gaul hingga sekata.
  • Untuk nasi – masak nasi seperti biasa, cuma tambah pewarna biru.
  • Untuk ikan – rebus ikan sehingga lembut. Asingkan isi daripada tulang. Goreng isi ikan dan bawang merah tanpa minyak. Masukkan lada hitam, garam dan gula.
  • Untuk kerisi – goreng kelapa parut tanpa minyak sehingga keperangan.
  • Hidangkan nasi kerabu dengan telur masin, solok lada, ikan kering, ayam goreng atau keropok goreng. Lagi sedap kalau ada budu yang diperah limau nipis/kasturi.


Untuk yang berada di luar negara, tak semua bahan boleh dapat. Tapi boleh guna alternatif lain seperti ikan tuna / sardin ganti ikan kembung.

0 Response to "Resepi Nasi Kerabu"

Post a Comment