NEWCASTLE - Seekor kucing betina peliharaan Tim Ganbie, 55, masih hidup walaupun ia ditembak dengan peluru penabur yang sesat dan dilanggar oleh sebuah kereta, lapor sebuah akhbar semalam. Kucing itu yang bernama Tinsel diberi nama jolokan The Terminator sempena dengan watak cyborg yang dipegang oleh Arnold Schwarzenegger dalam filem The Terminator. Haiwan tersebut ditembak dengan peluru penabur di luar rumahnya di Necastle-under-Lyme di Staffordshire, Britain.
Sebulan selepas doktor haiwan menyelamatkan nyawanya akibat kena tembak, kucing itu kemudiannya dilanggar oleh sebuah kereta. Ekoran kemalangan itu, plat logam diletakkan di bahagian pelvis kucing tersebut pada bulan lalu. Menurut Gamble, beberapa rakannya mencadangkan supaya dia menukar nama kucing itu kepada The Terminator kerana kemampuannya untuk selamat daripada serangan senjata dan kemalangan jalan raya. - Agensi
source : Kosmo
0 Response to "Kucing KEBAL - Tidak Mati Walaupun di Tembak dan di Langgar"
Post a Comment