Bank Negara Malaysia hari ini menafikan syarat pinjaman kereta bakal diketatkan kepada 20% bayaran muka dan tempoh pinjaman maksimum 7 tahun. Menerusi kenyataan rasmi di laman Facebook mereka, Bank Negara Malaysia berkata:-
Jawapan Mengenai Khabar Angin Berkaitan Tempoh Pembayaran Balik Pinjaman Kenderaan dan Peratus Bayaran PendahuluanMengikut Garis Panduan Amalan Pembiayaan yang Bertanggungjawab yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia, tempoh pembayaran balik pembiayaan kenderaan haruslah tidak melebihi sembilan tahun.Penilaian keupayaan membayar balik adalah berdasarkan Garis Panduan Amalan Pembiayaan yang Bertanggungjawab tersebut yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia, di mana institusi kewangan akan menilai keupayaan pelanggan mereka untuk membuat pembayaran balik sepenuhnya dalam tempoh yang telah ditetapkan.
Pastinya
ini satu berita baik kepada semua rakyat Malaysia. Kalau sesiapa nak
dapat beli kereta baru, inilah waktu terbaik kerana kebanyakan syarikat
pengeluar kereta sedang mengadakan promosi sempena Hari Kemerdekaan.
sumber
sumber
0 Response to "Ketatkan Syarat Pinjaman Kereta, Bank Negara Nafi "
Post a Comment